Kepenatan. Just so tired of all the dramas.
Dulu kau susah aku tolong. Kau sedih aku pujuk, kau stress aku nasihat. Bile semua orang tinggalkan kau aku yang kau cari, aku fikir, ada sebab Allah nak aku layan kau.
Bila kau senang, kau selalu tinggalkan aku. Tapi bila aku tegur baru lah kau macam tersedar kan. Tapi bukan lama pun. Bagi kau aku ni kawan biasa je.
Aku selalu berusaha nak buktikan dekat kau yang aku ni someone yang kau boleh percaya dan kau harapkan sebab aku memang bersungguh. Tapi tak semua kawan aku nampak usaha aku.
Aku redha.
Ada juga yang aku korban sebab berkawan dengan kau. Tapi kau mana nampak. Tak nak kau perasan pun sebab itu apa yang memang aku nak buat atas kehendak aku.
Walaupun kau pernah banyak kali tikam belakang aku... Aku bangkit balik. Cari ubat, sapu luka tu... Nak sembuh luka tu bukan sekejap... Tapi bila dah sembuh, kau tikam lagi sampai sembuh orang lain pula. Aku rasa macam aku ni patung. Tempat orang luahkan dendam.
Aku sabar. Sabar sampai sekarang. Tak kire betapa lukanya hati atau perasaan aku, aku jarang luahkan sepenuhnya. Hanya orang tertentu sahaja yang tahu. Semuanya aku memang prefer nak simpan je. Malas nak luahkan. Malas nak orang tahu. Tapi sebabkan aku ni perempuan, aku mudah patah. Aku nangis. Aku lemah. Aku mampu doa supaya Allah yang bagi aku tenaga untuk teruskan kehidupan aku. Aku fikir, segala kesakitan ni aku dapat sebab Allah sayang aku. Allah nak aku sedar yang hidup di dunia ni sementara dan dunia ni memang penjara orang mukmin.
Aku tak salahkan Allah. Mungking aku pernah tersalahkan takdir sebab mental breakdown kan. Tapi aku segera bertaubat. Aku ni hanya manusia biasa yang teramat dan tersangatlah hina.
Aku hanya mampu cakap, aku sedih. Aku harap kesedihan ni akan hilang. Aku harap lepas zaman persekolahan ni tamat, aku berjaya menyepikan diri aku daripada semua kawan aku. Aku nak menghilang. Walaupun aku tahu kehilangan aku ni tak memberi makna kepada sesiapa tetapi aku ada menaruh secubit harapan, ada yang perasan kehilangan aku.
Hidup ini hanya sementara. Tarbiyyah diri selalu. InshaaAllah, hidayah milik kita.
No comments:
Post a Comment